Skip to main content

Konami hari ini melancarkan Pro Evolution Soccer 2019 Lite yang mana ianya merupakan permainan PES di dalam bentuk permainan percuma. Sebelum ini mereka juga pernah melancarkan versi yang sama bagi Pro Evolution Soccer 2018 Lite.

Seperti Pro Evolution Soccer 2018 Lite, ia menawarkan akses kepada permainan mod atas-talian MyClub, PES League dan juga mod Featured Players. Disamping itu, anda turut boleh memainkan mod latihan bersama mod Exhibition – semuanya secara percuma.

Menariknya juga, melalui edisi ini, Konami juga akan menyertakan mod Edit yang membolehkan pemain untuk mengubah-suai pasukan, pemain dan juga stadium.

Seperti permainan percuma lain, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai mikro-transaksi lain untuk pemain dapatkan kandungan-kandungan tambahan. Bagi anda yang ingin membeli permainan penuh, anda juga berupaya untuk membelinya melalui platform pilihan anda.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turunnya sekarang di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

[kemaskini] Pautan muat-turun di platform lain diumumkan oleh Konami

[download] Muat-Turun : PES 2019 Lite untuk Playstation 4 [/download] [download] Muat-Turun : PES 2019 Lite untuk PC [/download] [download] Muat-Turun : PES 2019 Lite untuk Xbox One [/download]

Leave a Reply