Informasi Permainan Video Terkini
Pengiklanan Di Dalam Permainan Kini Tiba Di Street Fighter V
PC

Pengiklanan Di Dalam Permainan Kini Tiba Di Street Fighter V

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Capcom minggu ini menyertakan fungsi pengiklanan di dalam permainan buat Street Fighter V yang mana mereka akan mengiklanan kandungan-kandungan tambahan buat permainan itu sendiri seperti DLC ataupun sebarang kejohanan akan datang.

Terdapat dua kategori pengiklanan yang dilakukan oleh Capcom iaitu iklan di badan dan kostum watak pemain ataupun di paparan permuatan atau pentas permainan. Seperti yang diperlihatkan di atas, iklan tersebut akan muncul di atas badan watak Dhalsim yang mana ianya memperlihatkan iklan Capcom Pro Tour.

Selain itu pengguna Twitter MruSuk juga memperlihatkan dimana iklan tersebut berada di belakang watak Akuma menggantikan tulisan Jepun Kanji yang ikonik beliau. Pada pendapat saya sendiri sebagai seorang pengguna tegar watak Akuma, ini sememangnya agak mengjengkelkan.

Akan tetapi, fungsi tersebut boleh dibuang namun jika pemain membenarkan fungsi tersebut, Capcom akan memberi ganjaran mata wang Fight Money yang lebih buat pemain ketika pemain bermain sebarang sesi pertempuran.

Sememangnya ini fungsi yang agak menjengkelkan terutamanya jika anda ingin fokus bermain permainan perlawanan yang bersifat kompetitif seperti ini. Akan tetapi, dari segi promosi sebegini, ianya tidak langsung merosakkan sebarang pengalaman bermain secara keseluruhannya.

Namun apakah pendapat anda berkenaan iklan sebegini? Adakah anda tidak kisah ataupun berasa ianya agak mengjengkelkan?


TIPS & ULASAN