Skip to main content

Minggu lepas, Geoff Keigley mengadakan acara The Game Awards yang ke-5 dimana ketika acara anugerah permainan tersebut, God Of War dianugerah sebagai permainan terbaik bagi tahun 2019. Bagi senarai penuh pemenang ketika acara anugerah tersebut, anda boleh melayari pautan ini.

Terkini, melalui laporan rasmi oleh Geoff Keighley, beliau menyatakan bahawa acara tersebut mencapai jumlah tontonan sebanyak 26 juta penonton. Ini sekaligus merupakan nilai lebih dari dua kali ganda untuk jumlah tontonan bagi tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 128%.

Acara tersebut diadakan di Microsoft Theater di Amerika Syarikat minggu lepas yang mana mereka juga menstrimkan acara tersebut secara langsung di Youtube dan juga Twitch dimana ianya mencapai lebih dari 4 juta penonton serentak, dimana 1.13 juta daripadanya adalah penonton di Twitch yang mana sekaligus menjadi salah satu penstriman di Twitch tertinggi setakat ini.

Sememangnya ini nilai yang sangat tinggi dengan kejayaan yang memberansangkan bagi pihak The Game Awards. Kami sendiri di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat Geoff Keighley dan bagi anda yang tidak berkesempatan menonton acara tersebut, anda boleh menontonnya melalui siaran langsung khas Re-Aksiz Langsung yang kami lakukan ketika acara tersebut dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=W3E-fvqwk-0

Leave a Reply