Sebelum ini, Square-Enix berkongsi yang mana mereka bakal membawa kandungan permainan Final Fantasy XIV: Stormblood buat Final Fantasy XV. Kini, kandungan tersebut akhirnya dilancarkan melalui kemaskini percuma.

Melalui acara khas bertajuk “Adventurer From Another World” ini, pemain akan berpeluang untuk berjumpa watak Y’jhimei dimana beliau akan membawa pemain mengembara dengan misi baharu khas. Menariknya, pemain juga berpeluang untuk bertempur ketua musuh khas Garuda daripada permainan Final Fantasy XIV dan setelah menewaskannya, pemain akan mendapat kostum khas bertemakan permainan Final Fantasy XIV.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kostum tersebut, jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula permainan Final Fantasy XV di platform pilihan anda. Selain itu, Square-Enix juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kandungan episod Ardyn tidak lama lagi.

Final Fantasy XV merupakan permainan JRPG yang dilancarkan dan dibangunkan oleh Square-Enix pada 2016 lepas. Ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini