Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa permainan terkini oleh Quantic Dream, iaitu Detroit: Become Human telah terjual sebanyak 2 juta salinan seluruh dunia sejak pelancarannya Mei lepas.

Sebelum ini kami melaporkan bahawa permainan tersebut baru sahaja terjual sebanyak 1.5 juta salinan pada Ogos lepas dan juga ia mencatat sejumlah 20 juta jam masa bermain oleh pemain. Tambahan itu, Quantic Dream juga menyatakan bahawa permainan tersebut merupakan permainan paling berjaya buat mereka terutamanya dari segi sokongan peminat.

Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan ekslusif di Playstation 4. Ianya telahpun dilancarkan Mei lepas dan kami di Aksiz juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Detroit: Become Human – Permainan Berjiwa Yang Ringkas

Leave a Reply