Bandai Namco minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC buat permainan JRPG Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom yang dinamakan The Lair Of The Lost Lord.
Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, DLC ini akan dilancarkan pada 13 Disember 2019 ini bersama-sama dengan kemaskini permainan tersebut. Menariknya juga, Bandai Namco juga mengumumkan had peringkat watak permainan akan ditingkatkan kepada 120 melalui kemaskini ini.
Melalui DLC ini, pemain berupaya untuk mengembara di labirin bermisteri baharu dengan pelbagai jenis musuh termasuklah ketua musuh baharu, The Price Of Wrath. Selain itu, Bandai Namco juga menyertakan misi baharu khas dan juga fungsi Martial baharu khas buat bentuk pertempuran permainan ini.
Bagi anda yang berminat, DLC The Lair Of The Lost Lord adalah sebahagian daripada pas musim bagi permainan tersebut dimana ianya boleh didapatkan secara berasingan.
Ni No Kuni II: Revenant Kingdom ialah sekuel kepada Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch di mana ia merupakan salah satu JRPG terbaik di konsol Playstation 3 pada tahun 2011 yang lepas. Kini permainan seterusnya buat siri tersebut telah pun dilancarkan pada Mac lepas di Playstation 4 dan PC.