Skip to main content

Square-Enix hari ini berkongsi satu video khas yang mana mereka mempertontonkan bentuk permainan buat permainan Left Alive.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Left Alive merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup. Ia juga merupakan permainan yang diletakkan di dalam penceritaan siri Front Mission iaitu siri permainan pertempuran robot mecha.

Menariknya, melalui video di atas, Square-Enix mempertontonkan sebilangan bentuk permainan yang mana ianya mempunyai cabang penceritaan dan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain akan memberi kesan terhadap penceritaannya.

Ini sememangnya merupakan satu konsep yang menarik dan ia mengingatkan kami seperti permainan Detroit Become Human dimana setiap pilihan pemain akan membuahkan pengakhiran yang berbeza.

Left Alive juga memfokuskan tiga watak utama dimana setiap satunya mempunyai penceritaan dan misi mereka sendiri. Dengan memfokuskan bentuk tembak pandang ketiga, permainan ini juga memberi bentuk selinap dan pertahan hidup yang pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Left Alive akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC pada 5 Mac 2019. Mereka juga sebelum ini mengumumkan edisi terhad untuk permainan ini yang menyertakan figura robot mecha.

Leave a Reply