Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini berkenaan permua Infinity Blade yang dibuang di App Store, Epic Games tampaknya menghidupkan kembali nama permua tersebut, melalui kemaskini senjata tambahan di dalam permainan Fortnite.
Melalui kemaskini terbaru buat permainan Fortnite, Epic Games membawa senjata pedang Infinity Blade tersebut dan membenarkan pemain untuk menggunakannya sebagai senjata jarak dekat. Tambahan itu, pemain juga berupaya untuk melompat dengan jauh dengan menggunakan senjata tersebut.
Menariknya, jika pemain mendapatkan senjata tersebut, pemain akan menerima nilai penuh buat nyawa dan perisai pemain bersama-sama dengan pergerakkan yang lebih pantas. Manakala jika pemain berjaya menewaskan pemain lain, pemain akan menerima nilai nyawa sebanyak 50. Namun, ianya mempunyai kesan negatif dimana jika pemain menggunakannya, kesemua barangan dan senjata pemain akan hilang.
Selain daripada kemaskini ini, Epic Games juga menyertakan pelbagai kemaskini pembaiki permainan lain yang mana anda boleh membacanya di laman rasmi Epic Games.
Dengan bermulanya musim ke-7 buat permainan Fortnite, sudah pastinya terdapat pelbagai kandungan yang menarik buat permainan ini dan buat mereka yang gemar bermain Fortnite, jangan lepaskan peluang anda untuk menggunakan Infinity Blade dan menewaskan pemain-pemain lain dan memperoleh Victory Royale buat permainan tersebut.