Informasi Permainan Video Terkini
Super Robot Wars T Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Mac 2019 – Kandungan Bonus Diumumkan

Super Robot Wars T Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Mac 2019 – Kandungan Bonus Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 12, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Super Robot Wars T ke pasaran Malaysia dan kini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 20 Mac 2019.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini,  permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan Nintendo Switch dan ianya menyertakan pelbagai siri anime robot mecha terkenal seperti siri Gundam dan Cowboy Bebop.

Menariknya juga, bersempena dengan pelancaran permainan tersebut, mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa robot mecha yang direka khas buat permainan ini iaitu Gespenst.

Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan pelbagai kandungan bonus khas buat mereka yang membuat pembelian awal bagi permainan tersebut. Pembelian awal akan tamat pada 17 April 2019 bagi edisi digital. Manakala edisi fizikal, pelanggan yang membeli permainan hari pertama bakal menerima kandungan bonus tersebut.

Antara kandungan tambahan yang diumumkan adalah 3 DLC bonus khas iaitu kandungan:

  • Chapter 0: Proposal No.T1023 yang mana ianya merupakan kandungan penceritaan sebelum buat penceritaan utama Super Robot Wars T. Menariknya buat mereka yang menyelesaikan misi kandungan tersebut, Bandai Namco akan menyertakan beberapa ganjaran seperti TacP bernilai 500, mata wang sebanyak 50,000 dan barangan Power Part VTX Employee Guidelines.
  • Pek “Special Starter” dimana ia akan menyertakan mata wang 100,000, 1,000 nilai TacP, dan barang Power Parts Quark Boost.
  • Robot mecha Gespenst. Melalui bonus ini, pemain berupaya untuk mendapatkan robot tersebut lebih awal dan ianya juga mempunyai penceritaan khas bersama-sama barnagan Power Parts Striker-T.

Super Robot Wars T merupakan permainan simulasi RPG yang menyertakan pelbagai jenis robot dari pelbagai siri anime. Melalui permainan ini, ianya juga akan menyertakan pelbagai bentuk permainan baharu dan penceritaannya tersendiri. Ianya bakal tiba pada 20 Mac 2019 ini di Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN