Informasi Permainan Video Terkini
Muzik Latar Rasmi Oleh HYDE Buat Permainan Devil May Cry 5 Diumumkan
PC

Muzik Latar Rasmi Oleh HYDE Buat Permainan Devil May Cry 5 Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 12, 2018 oleh .

HYDE iaitu penyanyi utama buat kumpulan Jepun terkenal, L’Arc~En~Ciel sekali lagi kembali menyanyikan buat muzik latar rasmi bagi permainan Devil May Cry 5 bertajuk ‘Mad Qualia’.

Bagi anda yang meminati siri Devil May Cry, anda pasti mengetahui berkenaan muzik latar rasmi buat Devil May Cry 4 iaitu ‘Drink It Down’ oleh L`Arc~En~Ciel beberapa tahun lepas. Bagi anda yang ingin mendengar sebahagian daripada muzik tersebut, anda boleh menontonnya di video di atas.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini. Sebelum ini kami juga telah membuat pandang pertama buat permainan tersebut melalui demo permainan yang dilancarkan oleh Capcom sebelum ini.

Pandang Pertama – Devil May Cry 5 Demo


TIPS & ULASAN