Lanjutan daripada pengumuman oleh Blizzard minggu lepas, kini acara Winter Wonderland buat permainan Overwatch akhir tiba dimana Blizzard menyertakan pelbagai kostum-kostum baru bersama-sama dengan kandungan bertemakan musim perayaan krismas.
Acara tersebut bakal bermula pada hari ini sehinggalah 2 Januari 2019 melalui permainan Overwatch. Untuk mengakses acara tersebut, anda hanyalah perlu memuat-turun kemaskini terkini buat permainan tersebut mengikut platform pilihan anda.
Blizzard juga menyertakan beberapa kostum bertemakan musim perayaan krismas seperti kostum ski untuk Zarya dan Widowmaker bersama kostum Santa Claus buat Junkrat. Untuk senarai penuh kostum-kostum dan barangan tambahan lain, anda boleh melayari laman rasmi Overwatch.
Selain mod pertempuran Yeti Hunter dan Mei’s Snowball Offensive juga kembali dimana pemain berupaya untuk menggunakan Mei dan bermain pelbagai bentuk mod pertempuran yang berlainan berbanding permainan teras Overwatch.
Overwatch adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.