Skip to main content

Bandai Namco minggu ini berkongsi video acah baharu untuk God Eater 3 yang memfokuskan kepada penceritaan untuk permainan tersebut. Melaluinya ia menyatakan selepas kejatuhan Fenrir, God Eater yang dikenali sebagai AGES perlu melawan Ash Aragami. Selain itu ia juga memperlihatkan watak kanak-kanak misteri yang mungkin watak utama dalam penceritaan ini.

God Eater 3 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Melaluinya, pemain akan memburu pelbagai raksasa disamping mengumpul kelengkapan barangan dan senjata.

God Eater 3 akan dikeluarkan pada 8 Februari 2018 untuk Playstation 4 dan PC.

Leave a Reply