Square Enix hari ini mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan edisi baharu buat permainan NieR: Automata iaitu NieR: Automata Game of the YoRHa untuk Playstation 4 dan PC.
Edisi ini akan menyertakan permainan NieR: Automata bersama dengan DLC 3C3C1D119440927. Selain itu ia juga mengandungi pelbagai kandungan di dalam permainan tambahan dan juga tema untuk PS4 serta set Avatar.
Square-Enix menyatakan bahawa permainan edisi tersebut akan dilancarkan secara global pada 26 Februari 2019 ini di Playstation 4 dan juga PC.
Kemaskini: Tarikh pelancaran global diumumkan oleh Square-Enix.
