Skip to main content

Red Dead Online sudah boleh dimainkan oleh kesemua pemilik Red Dead Redemption 2 bermula 30 November lepas, dan ia terus menerima kemaskini baharu untuk meningkatkan kualiti permainan tersebut. Manakala untuk permain GTA Online, nampaknya Rockstar masih tidak melupakan permainan tersebut.

Hari ini, mereka mengumumkan yang satu kemaskini utama akan dikeluarkan esok. Ia menyertakan mod permainan baharu iaitu Arena Wars. Melalui mod ini, pemain boleh melakukan pekerjaan baharu iaitu perlumbaan kereta yang berlaku di dalam Maze Bank Arena.

Kenderaan yang digunakan juga boleh di modifikasi mengikut kehendak pemain. Melalui Arena war, permain akan mendapat Arena Points yang boleh digunakan untuk menyah-kunci pelbagai barangan yang boleh digunakan di dalam arena serta di luar.

Leave a Reply