Skip to main content

Bersempena dengan ulang tahun ke-25 buat siri permainan Doom, Bethesda hari ini berkongsi satu video khas yang bertajuk “25 Years Of Doom” dimana mereka memperlihatkan pelbagai sejarah buat permainan tersebut.

Permainan Doom yang pertama dilancarkan pada 10 Disember 1993 dahulu dimana sudah pastinya buat mereka yang membesar ketika era tersebut, pernah bermainnya di PC rumah anda.

Saya sendiri pernah bermainnya dan ianya mengenangkan pelbagai kenangan yang agak seram buat saya ketika saya bermain permainan tersebut. Namun, ianya sudah pasti salah satu permainan klasik yang sangat menarik ketika pelancarannya.

Selain itu, bersempena dengan sambutan tersebut, Bethesda juga melancarkan satu kelab peminat rasmi buat permainan Doom iaiatu Slayers Club dimana anda boleh mendaftar dan berpeluang untuk mendapatkan kostum esklusif ulang tahun ke-25 Zombie Doom Slayer buat permainan akan datang, Doom Eternal.

Doom Eternal merupakan permainan buat siri Doom akan datang di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply