Informasi Permainan Video Terkini
Filem Metro 2033 Dibatalkan – Penulis Asal Mencari Penerbit Baharu

Filem Metro 2033 Dibatalkan – Penulis Asal Mencari Penerbit Baharu

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Metro 2033 merupakan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2010 berdasarkan novel berjudul sama yang ditulis oleh Dmitry Glukhovsky. Pada tahun 2012, selepas penerimaan yang baik untuk permainan tersebut, syarikat produksi filem di Amerika Syarikat iaitu Metro-Goldwyn-Mayer Studios mendapat hak untuk menerbitkan filem berdasarkan novel tersebut.

Namun kini, Dmitry Glukhovsky mengatakan hak untuk penerbitan filem tersebut kini tidak dimiliki oleh mereka sebaliknya ia kembali kepada beliau. Segala produksi untuk filem tersebut juga kini dihentikan. Menurut Glukhovsky, penulis filem tersebut F. Scott Frazier cuba untuk menjadikan siri tersebut berlatar tempatkan di Amerika Syarikat.

Bagi Glukhovsky, keputusan tersebut sangat tidak bersesuaian dengan penceritaan di dalam Metro 2033 yang banyak berkisar mengenai Nazi serta komunis. Ini sudah semestinya satu berita yang sangat mengecewakan, terutama filem berdasarkan Metro 2033 sudah semestinya sangat menarik.

Buat masa ini, Glukhovsky mengatakan beliau di dalam proses untuk berbincang dengan beberapa produksi lain untuk terus menjadikan filem berdasarkan siri tersebut satu realiti. Manakala, permainan baharu untuk siri tersebut iaitu Metro Exodus akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019.


TIPS & ULASAN