Stardew Valley merupakan satu permainan simulasi perkebunan yang sangat popular, walaupun secara solo ia telah dimainkan oleh ramai pemain buat satu jangka masa yang lama. Pada bulan Ogos lepas, ConcernedApe menyertakan mod multi-pemain buat permainan tersebut di PC yang sekali gus menjadikan permainan tersebut lebih menarik.
Hari ini, ConcernedApe melalui kuciran di akaun Twitter mengumumkan yang kemaskini multi-pemain untuk permainan tersebut di Switch akan dikeluarkan pada 12 Disember 2018. Melaluinya, pemain boleh bermain bersama sehingga 4 orang pada satu sesi. Namun, ia hanya menyokong multi-pemain secara dalam talian ataupun dengan sambungan dengan Switch lain. Koperasi setempat tidak disertakan.
Selepas ditanya oleh pengguna Twitter mengenai kemaskini multi-pemain untuk Playstation 4 dan Xbox One, beliau mengatakan buat masa ini tiada tarikh yang boleh diumumkan akan tetapi pembangunan sedang berlaku. Walaupun agak kecewa tidak disertakan koperasi setempat, akan tetapi ia masih menyeronokkan untuk bercucuk tanam bersama rakan.