Informasi Permainan Video Terkini
Epic Membuang Kesemua Permua Infinity Blade Daripada App Store

Epic Membuang Kesemua Permua Infinity Blade Daripada App Store

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Infinity Blade boleh dikatakan permainan mudah alih mercu bagi peranti iPhone. Ia sering digunakan semasa pengumuman iPhone baharu. Namun, selepas Infinity Blade 3 dikeluarkan pada tahun 2013, Epic Games dan Chair Entertainment tidak mengeluarkan sebarang permainan baharu untuk siri tersebut.

Hari ini, tampaknya kesemua permua Infinity Blade sudah dibuang daripada App Store. Menurut Epic, mereka membuat keputusan tersebut kerana agak sukar untuk terus menyokong permainan tersebut seperti mana yang diinginkan oleh mereka.

Menurut Epic lagi, pemain yang sudah membeli permua tersebut, buat masa ini boleh memuat turun pada bila-bila masa, akan tetapi ia mungkin akan dihentikan tidak lama lagi. Selain itu, transaksi di dalam permainan kini juga ditutup. Jadi, pastikan anda menyimpan di dalam iPhone anda, jika ingin terus bermain.


TIPS & ULASAN