November lepas, Digital Extreme melancarkan permainan Warframe di konsol Switch yang mana ianya adalah permainan penembak pandang ketika secara multi-pemain atas-talian. Ia adalah permainan percuma yang mana sebelum ini dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.
Menariknya, selang sebulan sejak pelancaran permainan tersebut di Switch, kini Digital Extreme menyatakan bahawa terdapat lebih dari 1 juta pemain di konsol tersebut.
We've officially reached 1 million Tenno on #NintendoSwitch! ๐ pic.twitter.com/o3wfIfJ6TB
— WARFRAME (@PlayWarframe) December 8, 2018
Permainan dibawakan khas ke konsol Switch oleh studio pembangun Panic Button dimana mereka juga sebelum ini bertanggungjawab untuk membawa permainan Wolfenstein II di konsol Switch.
Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat pembangun dan bagi anda yang masih belum mencubanya di Switch, Warframe boleh dimuat-turun secara percuma melalui Nintendo eShop.