Dengan pelancaran Anthem yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah pasti ramai yang ingin bermain dan mencuba permainan tersebut sebelum ia dilancarkan. Sebelum ini, kami melaporkan bahawa demo buat permainan tersebut adalah terhad untuk pemain yang membuat pra-tempahan ataupun mempunyai langgganan EA Access.

Terkini, EA akhirnya mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan demo buat pemain umum bermula 1 hingga 3 Februari 2019 kelak.

Sememangnya buat mereka yang membuat pra-tempahan ataupun mempunyai langganan EA Access akan mendapat demo VIP khas bermula 25 Januari 2019 kelak. Namun, EA juga menyatakan bahawa demo buat pemain umum juga bakal tiba bermula 1 Februari buat pemain Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin.

Ini merupakan satu perkara yang sangat menarik dan pasti ramai pemain berminat untuk mencubanya dahulu sebelum membeli permainan tersebut. Dengan apa yang berlaku oleh permainan keluaran EA sebelum ini, sudah pasti ramai pemain tidak berminat untuk membuat pra-tempahan sebelum mencubanya.

Sebelum ini ketika acara The Game Awards, EA juga berkongsi satu video khas yang mempertontonkan adegan penceritaan buat permainan Anthem.

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019. Bagi anda yang mempunyai EA Access, anda berpeluang untuk bermainnya bermula 15 Februari 2019.

Sohor Kini