Permua Final Fantasy Brave Exvius sememangnya terkenal dengan watak jemputan daripada pelbagai siri dan termasuklah watak-watak selebriti seperti Ariana Grande sebelum ini.
Terkini, tampaknya giliran Katy Perry pula untuk menyertai permua tersebut dimana bersempena dengan kolaborasi tersebut, Square-Enix bukan sahaja bakal membawa watak Katy Perry sebagai watak yang boleh dimainkan, tambahan itu mereka juga berkongsi muzik latar baharu buat permua tersebut yang dinyanyikan oleh beliau dengan tajuk ‘Immortal Flame’
Menurut Square-Enix, watak Katy Perry tersebut bakal tiba dalam tempoh masa terhad bermula 12 Disember ini. Tambahan itu, mereka juga mengacahkan bahawa akan terdapat pelbagai lagi kandungan yang bakal tiba buat permua tersebut.
Final Fantasy: Brave Exvius adalah percuma untuk dimainkan dengan kebolehan membuat pembayaran-dalam-aplikasi untuk membeli, menambah atau menaik taraf pelbagai perkara.
[download] Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Google Play Store [/download] [download] Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Apple Play Store [/download]