Seperti yang dijanjikan oleh Tetsuya Nomura sebelum ini, hari ini Square-Enix hari ini berkongsi satu lagi video baharu buat permainan Kingdom Hearts 3 yang mana menurut mereka, ianya merupakan video pembukaan buat permainan tersebut.

Melaluinya, Square-Enix juga mempertontonkan muzik khas kolaborasi antara Utada Hikaru dan Skrillex yang bertajuk ‘Face My Fear’. Bagi anda yang ingin menontonnya, anda boleh menontonnya dibawah.

Melalui video tersebut, mereka memperlihatkan sebilangan adegan-adegan ikonik daripada siri tersebut seperti saat-saat ketika Sora bertempur dengan Xemnas bersama-sama saat Roxas, Axel dan Xion dari Kingdom Hearts 358/2 Days.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment buat pasaran Malaysia dimana informasi berkenaan harga dan edisi permainan, anda boleh melayari pautan ini.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.

PSXSEA 2018 – Pandang Pertama Kingdom Hearts 3

Sohor Kini