Skip to main content

Journey, iaitu permainan oleh That Game Company yang dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation 4 sebelum ini tampaknya bakal tiba di PC melalui kedai digital atas-talian Epic Games Store.

Melalui laman tersebut, permainan tersebut tampaknya bakal dilancarkan oleh Annapurna Interactive khas di kedai digital tersebut. Ini juga merupakan satu peraka yang mengejutkan memandangkan permainan tersebut sebelum ini merupakan adalah permainan esklusif di konsol Playstation. Kini tampaknya, ianya sudah tidak lagi akan menjadi permainan esklusif dan pemain PC bakal menikmati salah satu permainan pengembaraan yang sangat menarik pada pendapat kami.

Journey akan meletakkan pemain untuk mengembara sebagai seorang watak berjubah merah dimana keseluruh pengembaraannya, pemain akan mengembara di dalam pelbagai jenis lokasi dan menyelesaikan sebilangan tekaria. Apa yang membuat permainan ini sangat menarik adalah fungsi atas-taliannya dimana jika pemain berada di atas-talian, pemain akan menjumpai pemain lain dan berupaya untuk mengembara bersama.

Buat masa ini, Annapurna Interactive masih belum lagi berkongsi tarikh pelancarannya. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaannya, anda boleh melayari laman rasmi Journey melalui Epic Games Store.

Leave a Reply