Skip to main content

Bersempena The Game Awards 2018 yang berlangsung baru-baru ini, Grapeshot Games iaitu studio pembangunan baharu yang ditubuhkan oleh bekas pembangun kepada permainan ARK Survival Evolved mengumumkan permainan baharu iaitu ATLAS. Mereka juga memperlihatkan video acah untuk permainan tersebut.

Ia merupakan permainan MMO berdasarkan lanun yang membolehkan pemain berlayar menggunakan kapal untuk menuju ke lebih 700 kepulauan yang unik di dunia seluas 45 ribu kilometer persegi. Pemain juga mempunyai pilihan untuk bermain secara PVE jika tidak ingin bermain secara PVP.

Permainan ini akan dikeluarkan secara akses awal melalui Steam pada 14 Disember 2018. Menurut pembangun, mereka menjangkakan permainan ini akan berada di dalam akses awal untuk 2 tahun sebelum dikeluarkan secara penuh.

Leave a Reply