Skip to main content

Ketika acara Kinda Funny Game Showcase hujung minggu lepas, SEGA juga mengambil peluang untuk mengumumkan permainan Project Judge mereka sebelum ini akan dilancarkan secara global dengan nama Judgment.

https://www.youtube.com/watch?v=5ZIFSfdUjW4

Judgment merupakan permainan yang dibangunkan oleh pembangun buat siri permainan Yakuza dan ianya dilancarkan oleh SEGA. Permainan tersebut sebelum ini juga telah mendapat beberapa demo permainan namun dalam bahasa Jepun sahaja. Ianya juga bakal dilancarkan buat pasaran Jepun pada 13 Disember ini,

Menurut SEGA, bagi versi global ianya bakal dilancarkan tahun hadapan dengan suara latar bahasa Inggeris. Tambahan itu, mereka juga menyatakan bahawa permainan ini akan mempunyai fungsi dwi-bahasa untuk bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.

Dari segi tarikh pelancaran, SEGA masih belum berkongsinya. Namun, sememangnya ianya adalah satu berita menarik buat mereka yang berminat untuk mencuba permainan ini dalam bahasa Inggeris.

Leave a Reply