Informasi Permainan Video Terkini
The Messenger Menerima DLC Percuma Picnic Panic – Akan Tiba Pada Tahun 2019

The Messenger Menerima DLC Percuma Picnic Panic – Akan Tiba Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

The Messenger merupakan permainan aksi platformer yang dibangunkan oleh Sabotage Studio dan diterbitkan oleh Devolver Digital untuk Switch dan PC.

Di penstriman Kinda Funny Showcase, video acah untuk DLC baharu iaitu Picnic Panic diperlihatkan. DLC tersebut adalah percuma untuk kesemua pemilik permainan tersebut dan akan menyertakan tiga peringkat serta beberapa pertempuran dengan ketua penjahat baharu.

DLC tersebut akan tiba pada tahun 2019, namun tiada tarikh tetap yang diumumkan. The Messenger sudah dikeluarkan untuk Switch dan PC pada 30 Ogos 2018.


TIPS & ULASAN