Skip to main content

Hujung minggu lepas, ketika acara Kinda Funny Game Showcase, Atlus mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan trilogi Danganronpa ke konsol Playstation 4 tahun hadapan.

Melalui Danganronpa Trilogy, Atlus menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara fizikal pada 26 Mac 2019 ini dimana ianya akan menyertakan permainan Danganronpa 1.2 Reload dan Danganronpa V3: Killing Harmony.

Tambahan itu, Atlus juga akan menyertakan buku karya khas yang menyertakan isi kandungan watak-watak daripada siri Danganronpa tersebut khas buat peminat.

Sememangnya ini merupakan satu koleksi yang sangat menarik buat mereka yang ingin bermula bermain siri permainan tersebut dan kami di Aksiz juga sangat mengesyorkan anda untuk mendapatkan permainan ini.

Bagi anda yang tidak sabar untuk menunggu sehingga tahun hadapan, permainan-permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Playstation Vita dan juga PC.

Kami juga sebelum ini telah membuat ulasan buat permainan Danganronpa V3: Killing Harmony dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Danganronpa V3: Killing Harmony – Monokuma Kembali Dengan Permainan Pembunuhan

 

Leave a Reply