Informasi Permainan Video Terkini
Farming Simulator 19 Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Selepas 10 Hari
PC

Farming Simulator 19 Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Selepas 10 Hari

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Farming Simulator 19 merupakan permainan simulasi berladang terbaru buat siri Farming Simulator yang dibangunkan oleh Giants Software. Ia diterbitkan oleh Focus Home Interactive pada 20 November lepas untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Selepas 10 hari dikeluarkan, Focus Home mengumumkan permainan tersebut kini terjual sebanyak 1 juta unit secara fizikal dan digital seluruh dunia. Menurut mereka lagi, ini merupakan satu rekod buat siri permainan ini yang setakat ini mempunyai 7 permainan untuk siri utama.

Buat masa ini, mereka tidak berkongsi pecahan jumlah jualan mengikut platform, namun untuk permainan simulasi, PC sudah semestinya lebih popular. Tahniah kami ucapkan untuk Giants Software dan Focus Home Interactive.


TIPS & ULASAN