Skip to main content

Company of Heroes merupakan salah satu permainan strategi yang popular dan menawarkan bentuk permainan yang menarik. Terkini, bersempena dengan ulang-tahun ke-5 permainan berkenaan (lewat 6 bulan), penerbitnya menawarkan permainan Company of Heroes secara percuma melalui Steam.

Company of Heroes 2 mengambil latar masa ketika perang dunia kedua, dan permainan ini membolehkan anda menikmati permainan strategi masa-nyata ketika itu. Seperti biasa, anda boleh mengawal pelbagai perkara – dan perlu memenangi perang berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan asas Company of Heroes 2 ini melalui Steam hari ini. Sekiranya berminat, anda juga boleh memilih untuk membeli kandungan tambahan dan memainkan beberapa variasi permainan tambahan yang dibawakan melaluinya.

[download]Muat-Turun Company of Heroes 2 di Steam[/download]

Leave a Reply