Informasi Permainan Video Terkini
The Stanley Parable: Ultra Deluxe Bakal Tiba Pada Tahun 2019 Untuk PC Dan Konsol

The Stanley Parable: Ultra Deluxe Bakal Tiba Pada Tahun 2019 Untuk PC Dan Konsol

Diterbitkan pada Dis 8, 2018 oleh .

The Stanley Parable merupakan permainan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Galactic Cafe untuk PC pada tahun 2013. Ia merupakan permainan pengembaraan yang mempunyai penceritaan unik dan sesuatu yang mesti di alami oleh pemain.

Di acara The Game Awards 2018, mereka mengumumkan The Stanley Parable: Ultra Deluxe iaitu versi permainan tersebut yang menyertakan pelbagai kandungan tambahan bersama dengan pengakhiran baharu.

Selain PC, mereka juga mengumumkan versi tersebut akan turut dikeluarkan untuk konsol dengan kerjasama bersama Crow Crow Crow. Namun, buat masa ini mereka tidak mengatakan konsol apa sebaliknya hanya mengatakan “konsol kegemaran anda”. Kami menjangkakan kesemua konsol utama seperti PS4, Xbox One dan Switch.

Manakala untuk PC, buat masa ini tiada pengesahan jika ia akan menjadi kemaskini percuma untuk pemain yang sudah memiliki permainan tersebut atau akan dijual secara berasingan. Maklumat lanjut mungkin akan dikongsikan tahun hadapan sebelum ia dikeluarkan.


TIPS & ULASAN