Dead By Daylight merupakan permainan ketahanan hidup seram secara dalam talian. Ia adalah pertempuran 1 melawan 4 iaitu 1 pembunuh dan 4 manusia. Ia dibangunkan oleh Behaviour Interactive dan diterbitkan oleh Starbreeze Studios.
Sejak dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC tahun lepas, ia sudah menerima pelbagai penambahan yang menyertakan pembunuh dan watak manusia baharu.
Minggu ini, di acara The Game Awards 2018, penambahan seterusnya untuk permainan ini diumumkan iaitu Darkness Among Us. Menariknya, ia menyertakan pembunuh yang dipanggil sebagai The Legion yang boleh menyamar menjadi manusia. Selain itu, ia juga menambah watak manusia Jeff Johansen dan peta Mount Ormond Resort.
Penambahan ini akan dikeluarkan pada 11 Disember 2018 untuk kesemua platform dengan harga bermula RM17.50.