Beberapa hari yang lepas, kita sudah pun lihat video acah gempak buat filem Captain Marvel. Tetapi, video acah yang ramai nantikan sebenarnya adalah video acah untuk filem selepas Captain Marvel – iaitu Avengers yang keempat. Apa yang anda perlu bersyukur sepatutnya adalah dengan Captain Marvel. Kerana, tiada Captain Marvel – bermakan tiada Avengers yang keempat.

Hari ini, video yang dinanti-nantikan telah tiba. Iaitu Avengers 4. Hanya beberapa jam yang lepas, pengarah Avengers 4 – Russo Brothers mengicau di Twitter buat video ini. Judul filem keempat Avengers adalah Avengers: End Game. Mari tonton di bawah!

Minit pertama dari video acah, ia memperlihatkan Tony Stark masih sangkut di angkasa dek kemusnahan yang disebabkan oleh Thanos. 50% kehidupan telah dimusnahkan dengan petikan jari. Tony Stark dilihat sedang merakam mesej kepada kekasih hati beliau Pepper Pots melalui helmet sut Iron Man. Kemudian, kita dapat lihat Black Widow menceritakan apa yang berlaku kepada Bruce, kemunculan Hawkeye dan Captain America seolah mengetuai strategi pertempuran Avengers. Akhir video, adegan Scott Lang muncul iaitu Ant-Man. Tetapi, tidak pasti bagaimana beliau boleh berada di situ. Kali terakhir, kita lihat Ant-Man – ialah beliau sangkut di dimensi atom-atom.

Menarik dengan Hawkeye ini adalah, ia adalah versi yang ganas dan paling hebat. Hawkeye dalam video acah ini adalah versi Ronin – sama seperti ura-ura awal. Bagaimana aksi Ronin, Ant-Man dan pasukan Avengers di muka bumi untuk selamatkan pasukan Avengers lain dan bagaimana kaitan Captain Marvel dalam filem ini?

Sama-sama kita nantikan bulan April tahun hadapan. Iaitu sebulan sahaja selepas Captain Marvel.

Sohor Kini