Informasi Permainan Video Terkini
Journey To The Savage Planet – Permainan Penerokaan Planet Di Playstation, Xbox One Dan PC
PC

Journey To The Savage Planet – Permainan Penerokaan Planet Di Playstation, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

505 Games dan Typhoon Studios hari ini mengumumkan permainan baharu oleh mereka yang mana ianya memfokuskan bentuk penerokaan planet. Permainan tersebut diumumkan ketika cara The Game Awards 2018 yang berlangsung hari ini.

Menurut mereka, permainan ini akan meletakkan pemain di di planet makhluk asing dan pemain perlu meneroka, mengembara di samping mengetahui sama ada planet tersebut sesuai untuk di diami ataupun tidak.

Berdasarkan video yang dipertonton, permainan ini juga kelihatan mempunyai elemen pertahan hidup. Namun, ianya masih lagi hanya video acah dan bentuk permainannya masih belum diperlihatkan lagi.

Journey To The Savage Planet dirancang untuk dilancarkan pada tahun hadapan di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN