Informasi Permainan Video Terkini
Sayonara Wild Hearts – Permainan Bertemakan Muzik Pop Oleh Annapurna Interactive

Sayonara Wild Hearts – Permainan Bertemakan Muzik Pop Oleh Annapurna Interactive

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Ketika acara The Game Awards 2018 yang berlangsung hari ini, antara permainan pertama yang diumumkan adalah Sayonara Wild Hearts oleh Annapurna Interactive dan Simogo.

Buat masa ini, permainan dikatakan akan dilancarkan di Nintendo Switch dan menariknya, pembangun permainan ini menjanjikan permainan ini akan boleh dimainkan secara kadar bingkai sesaaat sebanyak 60 FPS di mana-mana mod permainan di Switch.

Sayonara Wild Hearts merupakan permainan video yang bertemakan muzik pop dimana pemain akan bermain dalam pelbagai bentuk permainan seperti menaiki motosikal, papan luncur, menembak laser dan pelbagai lagi dengan kadar kelajuan sehingga melebihi 300KM sejam.

Di dalam dunia futuristik ini, pemain akan mengawal pelbagai jenis watak seperti Little Death, Dancing Devils, Howling Moons, Stereo Lovers dan Hermit 64 dengan pelbagai bilangan jenis muzik pop yang menarik bersama muzik latar vokal khas yang dibangunkan buat permainan ini.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsi dan untuk informasi lanjut berkenaannya, anda boleh menonton video acah yang dipertontonkan ketika acara The Game Awards 2018 diatas.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN