Informasi Permainan Video Terkini
EA Mempertontonkan Video Trailer Baharu Buat Anthem Sempena Acara The Game Awards 2018
PC

EA Mempertontonkan Video Trailer Baharu Buat Anthem Sempena Acara The Game Awards 2018

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Bersempena dengan acara The Game Awards 2018 yang berlangsung hari ini, Electronic Arts seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini, mereka berkongsi satu video trailer khas buat permainan Anthem.

Melalui video tersebut, EA memperlihatkan sebilangan adegan permainan tersebut yang mana ianya kelihatan mempunyai beberapa penceritaan solo yang pasti buat mereka meminati permainan RPG oleh Bioware menyukainya.

Sebelum ini, EA juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo khas buat mereka yang membuat pra-tempahan buat permainan tersebut ataupun melanggan EA Access.

Selain itu, sesi percubaan Alpha tertutup juga bakal diadakan hujung minggu ini. Namun, ianya terhad kepada rantau Amerika Syarikat sahaja.

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019.


TIPS & ULASAN