Skip to main content

Phoenix Labs hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Dauntless di konsol iaitu Playstation 4 dan Xbox One pada tahun hadapan. Menurut mereka, permainan tersebut juga akan dilancarkan di Switch dan versi permua juga bakal tiba di peranti telefon pintar.

Menariknya, ketika acara The Game Awards 2018 yang berlangsung hari ini, Phoenix Labs juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara rasmi bermula April 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Store Game Store. Namun, bagi versi PC, ianya boleh dimain sekarang melalui akses beta awal melalui laman rasminya.

Dauntless merupakan permainan percuma yang mana ramai memperkatakan ianya mempunyai bentuk permainan seakan Monster Hunter. Melaluinya, pemain berupaya untuk memburu raksasa secara solo mahupun secara multi-pemain. Pemain bukan sahaja berupaya untuk memburu raksasa untuk mendapatkan barangan berharga, malah pemain juga berupaya untuk menghasilkan dan mencipta kelengkapan dan senjata baharu melaluinya.

Bagi anda yang berminat permainan seakan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang April 2019 ini.

Leave a Reply