Skip to main content

Seperti yang diumumkan oleh Obsidian sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan permainan baharu oleh mereka semasa The Game Awards 2018 iaitu The Outer Worlds. Ia merupakan permainan solo pandangan pertama yang berdasarkan angkasa lepas.

Permulaan seperti Fallout, dalam permainan ini pemain menyedarkan diri daripada hibernasi semasa berada di atas kapal angkasa yang sesat ketika di dalam perjalanan ke Halcyon yang merupakan planet penempatan paling jauh daripada bumi. Semasa pengembaraan pemain akan menjumpai pelbagai puak, mengikut pilihan anda, penceritaan akan terbentuk.

https://www.youtube.com/watch?v=MGLTgt0EEqc

Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diumumkan akan tetapi ia disasarkan untuk dikeluarkan pada tahun 2019 dan akan diterbitkan oleh syarikat di bawah Take-Two iaitu Private Division untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply