Informasi Permainan Video Terkini
Rage 2 Bakal Tiba Pada Mei 2019 – Trailer Baharu Dipertontonkan
PC

Rage 2 Bakal Tiba Pada Mei 2019 – Trailer Baharu Dipertontonkan

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Ketika acara The Games Award 2018, Bethesda Softworks juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi trailer baharu buat permainan Rage 2 yang mana ianya memperlihatkan sebilangan bentuk permainan tersebut.

Menariknya, trailer tersebut memfokuskan bentuk dunia terbuka yang memperlihatkan bentuk-bentuk pertempuran bersama-sama kenderaan yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Menariknya, bersempena dengan acara tersebut, Bethesda Softworks juga berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Rage 2 dimana ianya bakal tiba pada 14 Mei 2019 kelak di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN