Skip to main content

Lanjutan daripada acahan Ubisoft berkenaan permainan Far Cry baharu, hari ini kita acara The Game Awards 2018, Ubisoft akhirnya mengumumkan permainan baharu untuk siri tersebut iaitu Far Cry New Dawn.

Far Cry New Dawn meletakkan 17 tahun selepas permainan Far Cry 5 yang mana ianya bertemakan pasca-apokaliptik selepas malapetaka nuklear yang berlaku di permainan tersebut.

Bertempatkan lagi di kawasan Hope County Montana, permainan tersebut tampaknya akan memfokuskan bentuk permainan yang lebih ganas dengan pelbagai kumpulan bertempur untuk meneruskan hidup mereka di dalam dunia tersebut.

Far Cry New Dawn sememangnya adalah sekuel kepada permainan Far Cry 5 yang mana ianya dilancarkan secara kendiri dan menurut Ubisoft, ia bakal tiba pada 15 Februari 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply