Skip to main content

Terdapat pelbagai permainan baharu yang diumumkan ketika acara The Game Awards yang berlangsung hari ini, antaranya adalah NetherRealm Studio iaitu pembangun yang terkenal dengan siri permainan Injustice dan Mortal Kombat, hari ini mengumumkan Mortal Kombat 11.

Mortal Kombat 11 iaitu permainan perlawanan yang terkenal dengan keganasan dan bentuk perlawanan yang pelbagai kini diumumkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Menurut NetherRealm Studio, mereka akan melancarkan permainan ini pada 23 April 2019 ini dan segala informasi lanjut bersama bentuk permainannya akan diumumkan ketika acara komuniti pada 17 Januari 2019 kelak.

Menariknya, NetherRealm Studio juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan fungsi reka watak khas dimana pemain diberi kebebasan untuk mengubah-suai watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Selain itu, mereka juga akan memperkenal penceritaan baharu yang akan mengembangkan lagu penceritaan siri Mortal Kombat. Bagi anda yang meminati siri ini, kami pasti akan berkongsi informasi lanjut berkenaannya setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply