Semasa The Game Awards 2018, A44 iaitu syarikat pembangun baharu serta Annapurna Interactive sebagai penerbit mengumumkan Ashen, iaitu pemain pengembaraan yang boleh dimainkan secara solo dan multi-pemain kini boleh didapati untuk Xbox One dan PC.
Menurut pembangun, Ashen adalah permainan aksi pengembaraan RPG mengenai pengembara yang mencari kawasan untuk dijadikan sebagai tempat tinggal. Perkara utama mengenai permainan ini adalah perhubungan dengan watak-watak lain.
Menariknya, sepanjang pengembaraan, pemain juga boleh mengembara dan bertempur dengan rakan secara multi-pemain tetapi juga mempunyai pilihan untuk bermain sepenuhnya secara solo.
Permainan ini kini boleh didapati di Xbox Store untuk Xbox One dan Epic Games Store untuk PC dengan harga $39.99 (RM166).