Psychonauts 2 iaitu salah satu permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat sejak permainan pertamanya dilancarkan pada 2005 lepas, kini ketika acara The Game Awards 2018, Starbreeze Studios akhirnya mengumumumkan bahawa permainan tersebut akan tiba tahun depan.
Sememangnya ini satu perkara yang dinantikan oleh peminat buat siri tersebut dimana permainan Psychonauts sering dinantikan oleh peminat sejak ianya diumumkan untuk dibangunkan.
Bagi anda yang meminati siri tersebut, anda boleh menonton video trailer yang diumumkan oleh mereka di atas. Melaluinya, mereka memperlihatkan sebilangan adegan-adegan permainan bersama-sama watak utama siri tersebut iaitu Razputin Aquato.
Psychonauts bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan juga PC menjelang 2019 ini.