Skip to main content

Satu perkara yang pasti mengejutkan buat peminat Persona diluar sana, hari ini ketika acara The Game Awards 2018, Nintendo mengumumkan bahawa watak DLC seterusnya buat Super Smash Bros. Ultimate selepas Piranha Plant adalah Joker daripada permainan Persona 5.

Melalui pengumuman tersebut, Nintendo menyatakan watak Joker tersebut merupakan sebahagian watak daripada DLC pernambahan Challenger Pack 1 untuk pas musim yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Persona, ianya merupakan siri Shin Megami Tensei yang terkenal oleh Atlus dimana Persona 5 adalah permainan JRPG yang dilancarkan oleh mereka tahun lepas secara esklusif di Playstation 4 dan Playstation 3.

Ini juga merupakan satu yang mengejutkan kerana permainan tersebut merupakan permainan esklusif di konsol Playstation. Dengan tibanya watak tersebut di permainan oleh Nintendo, mungkin juga pada masa akan datang Persona 5 bakal tiba di konsol Switch?

Walaupun begitu, ini sememangnya watak yang sangat menarik dan pasti peminat tidak menjangkakan Nintendo akan bekerjasama bersama Atlus dengan membawa watak Joker tersebut di Super Smash Bros. Ultimate.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Nintendo secara khas di konsol Switch. Ia merupakan satu permainan yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan senarai watak-watak dari pelbagai francais termasuklah permainan dari pengeluar permainan lain. Permainan tersebut akan dilancarkan hari ini, 7 Disember 2018 ini.

Leave a Reply