Supergiant Games merupakan pembangun yang bertanggungjawab mengeluarkan permainan seperti Bastian, Transistor dan Pyre. Hari ini, di acara The Game Awards 2018, mereka mengumumkan satu permainan baharu iaitu Hades.
Hades merupakan permainan rogue-like berkenaan watak-watak daripada tuhan-tuhan Yunani. Berdasarkan trailer, pemain akan mengawal anak Hades, yang tampaknya melawan ayahnya. Diperlihatkan juga pelbagai watak-watak lain seperti Zeus dan Athena.
Pertempuran permainan ini adalah seperti Transistor, tetapi menyertakan elemen rogue-like yang memperlihatkan berapa kali pemain sudah mati dan hidup kembali. Permainan ini kini boleh dicuba dengan lebih awal melalui Epic Games Store dengan harga $19.99(RM83).