Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order Diumumkan Ekslusif Di Nintendo Switch

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order Diumumkan Ekslusif Di Nintendo Switch

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Marvel dan Nintendo tampaknya kini bekerjasama untuk melancarkan permainan esklusif khas berdasarkan adiwira Marvel iaitu Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order yang mana ianya dirancang untuk dilancarkan tahun hadapan.

Permainan tersebut merupakan daripada siri Marvel Ultimate Allience yang mana permainan terakhir buat permainan tersebut dilancarkan hampir 10 tahun lepas dan kini, Team Ninja dari Koei Tecmo akan membangunkan sekuel kepada permainan tersebut secara esklusif di Switch.

Berdasarkan trailer tersebut, kelihatan terdapat pelbagai adiwira dan penjahat dari siri Marvel bakal tiba termasuklah Spider-Man, Iron Man dan juga Wolverine.

Nintendo juga menyatakan permainan ini akan memfokuskan bentuk aksi yang berbeza daripada permainan sebelum dimana ianya lebih memfokuskan bentuk kamera atas bahu bersama-sama dengan keupayaan untuk bermain secara solo ataupun multi-pemain sehingga empat pemain serentak.

Dari segi tarikh pelancaran ataupun informasi lain, Nintendo dan Marvel masih belum berkongsikannya dan mereka hanya menyatakan bahawa permainan tersebut akan tiba tahun hadapan.

Namun dengan kembalinya permainan Marvel Ultimate Alliance, ianya sememangnya merupakan mimpi indah buat mereka yang pernah bermain permainan pertama buat siri tersebut di era Playstation 2 dahulu.


TIPS & ULASAN