Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Mengumumkan The Block – Memberi Peluang Kepada Pemain Mencipta Peta

Fortnite Mengumumkan The Block – Memberi Peluang Kepada Pemain Mencipta Peta

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Epic Games mempunyai satu minggu yang sibuk pada minggu ini buat permainan Fortnite, bukan sahaja mengumumkan permulaan musim ke-7 yang menyertakan pelbagai barangan baharu, mereka juga mengumumkan mod permainan baharu iaitu Creative.

Hari ini, di acara The Game Awards 2018, mereka juga mengumumkan The Block. Ia merupakan ruangan sebesar 25 x 25 tile di peta permainan pertempuran royale Fortnite yang menggantikan tempat Risky Reels. Menariknya, tempat tersebut akan meletakkan peta yang direka oleh pemain menggunakan mod Creative.

Jika anda ingin mendapat peluang untuk menyertakan peta rekaan sendiri, anda hanya perlu memasuki mod Creative dan mereka kawasan mengikut keluasan yang dinyatakan. Kemudian berkongsi rekaan tersebut di laman sosial menggunkaan tanda pagar #FortniteBlockParty.

Epic Games akan memerhati tanda pagar tersebut dan akan memilih rekaan yang menarik. Buat masa ini tiada pengesahan mengenai kekerapan peta tersebut akan berubah. Ini sudah semestinya satu yang menarik, terutama bagi anda yang kreatif.


TIPS & ULASAN