Ketika acara The Game Awards 2018, Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo buat permainan Devil May Cry 5 yang mana ianya memberi peluang untuk pemain mencuba permainan tersebut sebelum ianya dilancarkan Mac ini.
Menariknya, buat mereka yang mempunyai konsol Xbox One, demo permainan tersebut akan dilancarkan dahulu di konsol tersebut yang mana ianya sudahpun boleh dimuat-turun hari ini. Bagi konsol lain, Capcom masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya.
Selain itu, bersempena dengan pengumuman demo tersebut, Capcom juga berkongsi satu trailer baru khas yang memperlihatkan bentuk kawalan watak V, iaitu watak baharu buat siri permainan tersebut.
V kelihatan mempunyai kuasai untuk memanggil raksasa untuk membantu beliau bertempur. Beliau juga kelihatan mempunyai kuasa kemahiran untuk menukarkan rambut beliau menjadi warna putih dan menjadi lebih kuat.
Selain mod Bloody Palace juga kembali di dalam permainan ini bersama-sama keupayaan untuk bermain secara multi-pemain koperasi. Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ianya dikongsikan kelak oleh Capcom.
Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.