Informasi Permainan Video Terkini
Crash Team Racing Nitro-Fueled Diumumkan – Bakal Tiba Jun 2019

Crash Team Racing Nitro-Fueled Diumumkan – Bakal Tiba Jun 2019

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Ketika acara The Game Awards 2018 yang berlangsung hari ini, Activision mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Crash Team Racing Nitro-Fueled, iaitu permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan Crash Team Racing yang dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas.

Permainan ini sebelum ini juga diura-ura akan diumumkan di acara tersebut dan tampaknya ianya sememangnya menjadi satu kenyataan.

Crash Team Racing Nitro-Fueled merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan perlumbaan kart. Ianya merupakan permainan yang diolahkan semula di Playstation 1 lepas dengan bentuk visual grafik baharu yang dibangunkan khas.

Menariknya, permainan ini akan menyertakan mod-mod klasik seperti mod arked dan mod pertempuran. Selain itu, Activision juga menyatakan bahawa permainan ini akan menyokong mod multi-pemain secara atas-talian dan luar-talian.

Berdasarkan trailer tersebut, Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.


TIPS & ULASAN