Informasi Permainan Video Terkini
PlayerUnknown’s Battlegrounds Mengumumkan Peta Baru, Vikendi – Di PC Bermula 19 Disember
PC

PlayerUnknown’s Battlegrounds Mengumumkan Peta Baru, Vikendi – Di PC Bermula 19 Disember

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds hari ini telah pun mengumumkan secara rasminya peta permainan terbaru, dinamakan sebagai Vikendi.

Vikendi membawakan saiz peta 6×6 – sekaligus memposisikan saiznya antara Sanhok dan Erangel. Ini sekaligus akan membawakan bentuk permainan yang tidak terlalu pantas, dan tidak terlalu lama.

PUBG Vikendi

Peta permainan baru juga mengambil latar disekitar kawasan bersalji. Ini sekaligus meninggalkan kesan tapak kaki apabila pemain berlari diatasnya – sekaligus membawa kepada bentuk strategi permainan yang berbeza berbanding sebelum-sebelum ini.

Peta permainan terbaru ini boleh diuji melalui “Test Server” bermula hari ini, dan semua pemain PC boleh memainkannya mulai 19 Disember 2018 ini.


TIPS & ULASAN