Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Musim Ke-7 Kini Bermula – Menyertakan Kapal Terbang Dan Pembalut
PC

Fortnite Musim Ke-7 Kini Bermula – Menyertakan Kapal Terbang Dan Pembalut

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Seperti yang diumumkan sebelum ini, musim ke-7 buat Fortnite kini bermula secara rasmi. Kemaskini kini mula boleh dimuat turun untuk menyertakan segala penambahan bagi musim baharu ini. Pelayan untuk Fortnite akan ditutup buat sementara waktu, dan kami menjangkakan ia akan kembali pada pukul 8 atau 9 malam ini.

Bersempena dengannya Epic Games berkongsi satu trailer animasi yang memfokuskan kepada perayaan Krismas dan dunia bersalji. Seperti biasa, bersama dengan musim baharu, Royale Pass untuk musim ini juga kini boleh mula dibeli dengan harga 950 V-Bucks.

Royale Pass tersebut akan menyertakan lebih 100 barangan yang dapat diperoleh oleh pemain dengan bermain Fortnite Battle Royale. Bagi yang membeli Royale Pass tersebut, pemain akan terus mendapat dua kostum iaitu Zenith dan Lynx.

Epic Games juga memperlihatkan kapal terbang X-4 Stormwing Plane yang boleh digunakan oleh pemain. Selain itu, mereka juga memperkenalkan pembalut iaitu barangan kosmetik baharu yang pemain boleh gunakan kepada kenderaan ataupun senjata.

Untuk musim ke-7 ini, Fortnite juga akan menerima kawasan baharu iaitu Frosty Flights, Polar Peak dan Happy Hamlet dan untuk membantu pemain bergerak dengan lebih pantas, mereka juga meletakkan beberapa Zipline di sesetengah tempat.

Epic Games juga mengumumkan yang musim ke-7 ini akan berlangsung 2 minggu lebih lama berbanding musim sebelum ini dan akan berakhir pada 28 Februari 2018.


TIPS & ULASAN